Tuesday, September 21, 2010

MINTA JAUHI RUSUHAN KAUM


Peringatan dari YBM Dato' Sri Tengku Azlan Ibni Sultan Abu Bakar sempena Majilis penutupan Bulan Kemerdekaan dan sambutan Aidilfitri petang semalam (selasa 21/9/2010) 13 Mei akan berulang mesti dielakan oleh semua kaum dinegara ini.

Dalam ucapan itu beliau mencontohi Iraq jadi padang jarak padang tekukur dijajahi oleh berbagai kuasa besar hingga sekarang Iraq terus menerus tidak tenteram.

Penjajahan akan ambil kesempatan jika rakyat negara ini bersengketa. Mereka sentiasa memerhati dan mengintai peluang untuk menjajah semula dalam apa bentuk sekali pun.

Kaum China yang bergantung hidup sebahagian besarnya pada perniagaan, akan paling teruk dilanda musibah jika negara ini tidak aman. Dalam keadaan tidak aman rakyat tidak berfikir untuk membeli belah melainkan hidup dalam ketakutan dan memikirkan keselamatan nyawa sajaha.

"Semua kaum memang banyak rasa tidak puas hati, tetapi kerajaan akan cuba menyelesaikan satu persatu. Ia memakan masa, bersabarlah. Selama ini masakan tuan-tuan tidak merasakan perubahan tersebut?". Kata Tengku Azlan.

Sambungnya lagi "Jangan fikir wang boleh jadi segala-galanya. Jika keadaan huru hara wang tidak boleh diguna lagi. Tidak semua orang dapat lari keluar negara dan diluar negara juga ada undang-undang sekatan terhadap pendatang".

Peringatan Tengku Azlan yang berani dan terus terang itu moga menjadi nasihat berguna  kepada semua kaum agar berpadu, saling menghormati dan ingat mengingat antara satu dengan lain. Jangan cuba-cuba mencetuskan sentimen perkauman hingga negara jadi hancur lebur.

Kerajaan yang sedia ada menjamin kemakmuran dan keadilan seperti yang kita nikmati sekarang. Teruskan.

5 comments:

  1. Tahniah Tengku Azlan, memang berani terus terang. Ramai orang cina tidak sedar dia orang berniaga untung besar kayaraya kerana duduk dalam pemerintahan aman dijamin oleh BN !

    ReplyDelete
  2. Ya betul .. betul.. kalau tak ada pemimpin macam Ku Lan yang lantang dan berani kaum lain payah sedar mereka yang akan sangat rugi. Orang melayu paling tinggi balik tanam padi kat kampung.

    ReplyDelete
  3. Kita perlu orang seperti Tengku Azlan berani dan direct to the point

    ReplyDelete
  4. Hebat Ku Lan !! Saya cadangkan kalau boleh, UMNO Jerantut buat ringkasan dari teks diatas. Kemudian buat Billboard dan pasang sebanyak mungkin di Jerantut. Gunakan duit peruntukan yang sepatutnya diterima oleh rakyat Jerantut sebagai tanggungan kos pembuatan. Sekurang-kurangnya, duit itu membolehkan rakyat Jerantut patuh pada pemimpinnya dengan cara pengiklanan. Ianya sedikit sebanyak membolehkan kita melihat, apakah efektif setiap nasihat Ku Lan pada rakyatnya? Adakah nasihatnya pada rakyat sekadar ucapan biasa yang dihiasi janji-janji manis? Melihat dari teks diatas, penekanan isi teks merujuk kepada semua kaum di Malaysia.

    Fikir kita sejenak, jika kata-katanya di tempat dia memerintah itu sendiri tidak dipercayai dan didengari oleh rakyatnya, apatah lagi untuk dipatuhi dan didengari oleh segenap kaum yang ada di Malaysia ini. Mengapa selama perlantikannya sebagai pemimpin di Jerantut tidak menunjukkan rakyatnya bersatu padu berbilang bangsa?

    ReplyDelete
  5. lihat komen p... terbukti apa yang gerila nyatakan.

    ReplyDelete