Thursday, January 20, 2011

MUFTI PERAK - ANWAR MESTI BERTAUBAT



Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata Anwar  telalu ikut nafsu dan halalkan segala cara untuk capai matlamatnya. Anwar diarahkan bertaubat segera kerana  anwar mengatakan bahawa agama semua sama. Tindakan itu jelas melawan Allah kerana agama disisinya hanyalah Islam. Murtad jadinya katanya kepada utusan Malaysia semalam.

Anwar diingatkan bahawa hidup didunia ini sementara sahaja. Manusia dipertanggung jawabkan bila akhirnya dipertemukan dengan Allah. Tan Sri Hasussani menyifatkan Anwar sama dengan John Hick yang memecahkan penganut kristian dalam kurun ke 16.

Komentar.
Jika seorang ulama' besar mengatakan seseorang itu perlu bertaubat maka sudah tentu mengikut firasatnya telah tergelincir. Jika tidak bertaubat maka amat besarlah bahananya.

No comments:

Post a Comment