Thursday, September 30, 2010

SIASAT WARTAWAN MENYAMAR


                      Boo Su  Lyn menyamar, menceroboh dan menghasut


                             Boo Su Lyn wartawan Malaysian Insider

Gerila desak supaya penyamar puteri UMNO yang dikatakan wartawan Malaysian Insider disiasat sekiranya ada lapuran dibuat kepada polis oleh puteri yang terlibat atau lain yang berkaitan.

Menyamar salah apa lagi berniat jahat untuk melaga-lagakan kaum supaya berpecah belah. Ada tiga kesalah wartawan tersebut sekurang-kurangnya boleh didakwa 1. Menyamar  2. Menceroboh  3. melapur perkara yang boleh dikaitkan dengan menghasut.

Pemimpin-pemimpin parti komponen dinasihatkan jangan melatah kuat sangat kerana lapuran yang dibuat tidak semestinya benar dan mungkin berniat jahat.
Rujukan : klik http://parpukari.blogspot.com

Sunday, September 26, 2010

GERILA STRESS

Ah.. lega gerila, kerja selesai. Dari semalam rasa stress pengalaman pertama adakan majlis pertunangan anak pompuan. Terlanjur raya masih ada gerila buat majlis hari raya sekali. Kaum keluarga awal datang bermalam jika tidak tentu gerila panik, tak tahu apa nak mula dulu.

Hush.. sibuk rupanya kenduri kendara ni. Eh.., nasib baik gerila ada sorang anak pompuan saja. Kalau ramai, wow... tapi tanggung jawab selagi kita ada tak boleh lari.

Wau.. ramai juga kawan-kawan, saudara mara datang. Kawan bloggers pun ramai datang. Eh, gerila rasa besar hatilah ada tiga kawan gelaran Datuk datang !. Huss gerila tak sangka betul, rumah gerila ini tahu sahajalah kuarters lama. Semua lepak kat luarlah. Biasalah, sekarang mana ada orang suka masuk kerumah kalau kenduri. Senang datang senang cabut !.

Ini majlis tunang saja, majlis serdahana saja. Nantilah kenduri kawin esuk gerila panggil semua mana yang teringat. Eh, saudara gerila ketua wanita itu pun gerila lupa. Ooo.. tak apa, nanti kenduri kawin  gerila jemput.

Malam ni gerila tidur puas-puas semalam kurang tidur. bye..

Thursday, September 23, 2010

WZWH PANAS BLOG TULIS BERITA TENGKU AZLAN


Wan Zamzuri PANAS BERAPI  kerana admin blog muarasat dan gerila angkat dan siar berita YBM Tengku Azlan berucap dimajlis penutupan bulan kemerdekaan dan aidilfitri selasa 21/9 yang lalu.

Dalam komen blog muarasat terang-terang dia bertanya apa rasional muarasat menyokong TAZ. Pertanyaan dibuat berulang kali mendesak muarasat memberi jawapan. Sila lawati muarasat.

WZWH emosi sebab masih ada lagi bloggers ingin melapurkan pergerakan TAZ. Dia ingat bila dia dedahkan TAZ dengan macam keburukan semua orang akan tidak peduli TAZ lagi, kononnya dia telah pukul mati TAZ dalam blognya.

WZWH mahu kalau boleh orang jerantut boikot TAZ bila ada dijerantut dan segala program TAZ tidak disokong. Tindakan ini dibuat selepas peristiwa K18 yang yang didedahkan terbuka didalam blognya hingga gempar.


WZWH kena ingat YBM Tengku Azlan Masih Ahli Parlimen dan Ketua UMNO bahagian Jerantut. Tanggung jawabnya menjaga parti dan rakyat hingga pilihan raya. Jangan buat kurang adab dengan pemimpin. Apa salahnya apa yang Tengku Azlan berucap disiarkan ? .

Tuesday, September 21, 2010

MINTA JAUHI RUSUHAN KAUM


Peringatan dari YBM Dato' Sri Tengku Azlan Ibni Sultan Abu Bakar sempena Majilis penutupan Bulan Kemerdekaan dan sambutan Aidilfitri petang semalam (selasa 21/9/2010) 13 Mei akan berulang mesti dielakan oleh semua kaum dinegara ini.

Dalam ucapan itu beliau mencontohi Iraq jadi padang jarak padang tekukur dijajahi oleh berbagai kuasa besar hingga sekarang Iraq terus menerus tidak tenteram.

Penjajahan akan ambil kesempatan jika rakyat negara ini bersengketa. Mereka sentiasa memerhati dan mengintai peluang untuk menjajah semula dalam apa bentuk sekali pun.

Kaum China yang bergantung hidup sebahagian besarnya pada perniagaan, akan paling teruk dilanda musibah jika negara ini tidak aman. Dalam keadaan tidak aman rakyat tidak berfikir untuk membeli belah melainkan hidup dalam ketakutan dan memikirkan keselamatan nyawa sajaha.

"Semua kaum memang banyak rasa tidak puas hati, tetapi kerajaan akan cuba menyelesaikan satu persatu. Ia memakan masa, bersabarlah. Selama ini masakan tuan-tuan tidak merasakan perubahan tersebut?". Kata Tengku Azlan.

Sambungnya lagi "Jangan fikir wang boleh jadi segala-galanya. Jika keadaan huru hara wang tidak boleh diguna lagi. Tidak semua orang dapat lari keluar negara dan diluar negara juga ada undang-undang sekatan terhadap pendatang".

Peringatan Tengku Azlan yang berani dan terus terang itu moga menjadi nasihat berguna  kepada semua kaum agar berpadu, saling menghormati dan ingat mengingat antara satu dengan lain. Jangan cuba-cuba mencetuskan sentimen perkauman hingga negara jadi hancur lebur.

Kerajaan yang sedia ada menjamin kemakmuran dan keadilan seperti yang kita nikmati sekarang. Teruskan.

Monday, September 20, 2010

CARA PEMUTIHAN PENYANGAK DI INDONESIA

Gerila mengikuti rombongan belia ke Jakarta Bandung beberapa tahun lepas. Pekej lima hari empat malam. Semalam diJakarta, semalam di Puncak, semalam dibandung dan sebelum balik semalam lagi diJakarta.

Pada petang sebelum malam terakhir saya dan rakan-rakan meminta pemandu pelancung membawa kami beli-belah di Tanah Abang. Op... kata pemandu pelancung itu. " Tidak bisa kesana pak, kerna disana itu masih black area lagi" katanya.  " maksudnya belum bersih dari penjahat sambungnya. Kita bisa saja kemana-mana, atau kepasar baru disana lumayan pak, lagipun disana sudah putih pak" sambungnya lagi.

Semasa rakan-rakan membeli belah, kerana saya kurang modal, saya hanya tunggu rakan-rakan beli belah. Sambil itu duduk minum kopi dengan pemandu pelancung. 

Saya tanya dia, bahasa Inggeris bunyi jawanya bolehlah faham belajar dimana. Dia kata dia menamatkan pelajarannya lepasan Master digree dalam Sains sosial. Huss tinggi juga kelulusannya. 

" Pak bagaimana cara polisi Indonesia memutihkan penjahat (gangster) di Indonesia ini ?" saya tanya dia. sambil berbisik dia menjawab " dipadamkan saja pak" katanya. Saya tidak faham. " Padam bagaimana itu saya kurang jelas?" dia semakin rapat dengan saya " satu peluru satu orang pak" katanya.  

Dia sambung lagi " kalu tidak masakan mahu bersih pak. Kalu nanti ditangkap waktu kejahatan berlaku, naik kepengadilan seringnya terlepas pak. Kan susah mau dilebur pak" katanya serius menerangkan kepada saya.

"Habis bagaimana untuk mengenal mereka itu jahat pak ?" saya sambung soalan. " Iya.. polisi bisa kenal mereka itu ada tanda-tandanya" katanya.  " "Tanda apa?". Saya hairan. " Iya... kalu disini tangkap seorang itu pakai tatu, tangkap lagi seorang pakai tatu, lama-lama polisi sudah masak, rupanya orang jahat pakai tatu" katanya. " Langsung kalau nampak bertatu itu dipadam terus".

" Oik.. nanti kalau kena yang baik pakai tatu ?: saya tanya dia. " Oo.. tatoo nya berbeda pak ! ada gambar-gamabarnya" katanya. " Jadi mana yang sempat lari mereka terpaksa hilang. Ramei jugalah yang kemlaysia.. hah..hah..hah.." dia ketawa.

sejak itu saya tiada peluang lagi keJakarta. Saya sering ke Medan dengan kawan-kawan kalau pening-pening. Saya selalu jumpa orang Jerantut diMedan. Orang kuat kuat parti katanya.

Jadi polis kita harus meneliti gangster berkenaan apakah cirinya. Wallahu 'alam.

MPM AKAN PANJAT PAGAR ISTANA

istana negara yang baru

                                           
Kuala Lumpur 19/9/10 - Majlis Perundingan Melayu (MPM)  akan panjat pagar istana bagi mendapatkan berkenaan Majlis Raja-raja sekiranya kerajaan buat tidak peduli rayuan mereka terhadap 500 orang pelajar melayu cemerlang yang mengaji dibidang kritikal termasuk perubatan kerana tiada peruntukan bisasiswa.

Pengerusi Kongres Ekonomi Melayu Datuk Ibrahim Ali dan Gabungan Pelajar Semenanjung ( GPMS) masing-masing telah menghantar memorandum kepada YAB. Perdana Menteri menuntut supaya pelajar-pelajar itu dapat meneruskan pengajian mereka sampai tamat.

Komen gerila:

Kacau betul kebelakangan ini makin banyak isu-isu mengenai biasiswa timbul pula. Kesian budak-budak kita tengah belajar terpaksa balik kampung. Kerajaan kena bantu mereka ini sampai tamat pengajian. Kerajaan koreklah dari mana-mana sumber untuk bantu mereka.

Ada banyak syarikat GLC kita buat untung besar mengapa kerajaan tidak buat catuan kewangan bagi menyelesaikan masalah mendadak seumpama ini. Apa guna GLC kalau kebajikan rakyat yang mencari ilmu dipalar begitu saja. Tidak guna GLC mendabik dada untung bilion-bilion jika tidak boleh membantu kerajaan dalam keadaan perlu.

MPM mewakili suara ibu bapa dan masyarakat prihatin jangan terhenti tengah jalan berjuang. Itulah kekuatan MPM nanti yang dihormati oleh rakyat. Dalam keadaan kritikal ini suara MPM harus didengar oleh kerajaan.

Pihak ibu bapa setuju sangat MPM bertindak hingga memanjat pagar istana walau apa jadi pun untuk kebaikan bangsa kita.

Tapi ingatlah ibu bapa dan para pelajar jangan bila berjaya nanti lupa diri, angkuh dan tidak mengenang budi pula. Balaslah budi orang kerajaan. Jagan jadi liberal tak tentu arah sampai jadi kacang lupakan kulit.

BLOG GERILA DICEROBOH

Untuk makluman saudara saudari blog gerila yang telah setahun dilayarkan dialam siber telah diceroboh oleh pihak yang tidak dapat dikesan. Sekarang gerila buka halaman baru dan segala post yang lalu juga turut musnah.

Bagi yang berminat untuk dapatkan link sila hantarkan alamat URL untuk dikemaskini. Dan sila ikut blog ini semula. Kerjasama saudara/i sangat dihargai.

Terima kasih.