Saturday, October 9, 2010

APA KE HAL EKONOMI KITA NI?



Apa dah jadi ekonomi kita sekarang ni?. Keadaan rasa terlalu ketat. Payah betul cari rezki sekarang. Semalam dua ni aku sering keluar malam. Ada banyak restoran mamak buka 24 jam,  lewat pukul  1.00 pagi sudah tutup. Biasanya mamak tu marah kalau tanya pukul berapa tutup. 24 jam tau ka? Lagi itu jam ada pusing ini kadai tarak tutup tau ka?.  Sekarang itu jam tarak pusing ka ??.
Aku tak Tanya lagi mereka mengapa. Tapi aku nampak kurang orang landing kedai mamak lagi malam-malam.   Luar biasa keadaan ni. Dulu pun ekonomi  gawat 1997 tidak macam ni. Orang masih keluar sembang-sembang jauh malam silih gati lagi.
Raya dulu aku balik kampung lama juga. 10 hari  aku merayau kat kampung.  Aku jumpa kawan-kawan kontraktor kelas F. Nampak mereka macam tak beraya saja. Aku Tanya mengapa tak happy  macam raya sebelum ni ? selalu buat open house. Kali ni usahkan open house, raya kedua pun dah pergi memancing. Apa hal?.
Mereka kata setahun dua ini dah tak macam dulu. Kerja kontrak tak ada.  Ada satu kerja berebut 50-60 orang. Untung ciput.  Lagi pun kalau ada repair-repair kecil saja. Tapi jaranglah ada tender kata mereka. Kadang fikir nak hidupkan lessen PKK pun  dah lemah. Nak niaga lain tak ada modal dan tak ada pengalaman.
Mereka Tanya aku !.  Mengapa begitu ?. Aku nak jawap pun tak pandai. Aku bukan sekolah tinggi. Dato’ Sakmongkol tu sekolah tinggi. Sebab itu tulisan dia macam bunyi DAP saja. Dia marah dengan MB kasi dia bertanding sepenggal saja tak ? mereka Tanya aku. Terngangalah aku !. Aku ni bukan faham sangat politik ni. Aku jauhkan diri masuk politik kerana aku politik tu jahat dan kejam.  Mana yang baik aku sokong. Tapi kalau sampai meliwat tu lagi lagi berat.  Bumi jadi terbalik. Itu aku tak sokong.
Agaknya gitulah !. Memanglah kalau aku pun marah. Kalau nak kasi sepenggal lebih baik jangan kasi langsung. Ini tidak, tengah sedap-sedap kawan tu berniaga, suruh bertanding. Menang, lepas itu tak kasi bertanding lagi. Marahlah. Nayalah dia. Nak mula berniaga balik bukan senang. Hutang jadi wakil rakyat  pun dah tak terbayar.
Banyaklah kes macam tu. Dato Halim Mansor Lipis, Tengah sedap jadi Pengurus Besar Yayasan Pahang tiba-tiba suruh bertanding. Lepas sepenggal tamat. Kerayanlah kawan tu. Tu YB Rahman  Jengka, Kawan tu eluk jadi  pensyarah UiTM, suruh notis 24 jam bertanding PRU 12. Sepenggal  tamat. Pencen entah apa entah. Matilah.
Tu,  Bekas ADUN Tahan  Haji Ahmad Jaafar. Notis 24 jam jawatan kadi Jerantut. Sepenggal juga. Apalah dia orang fikir boleh naya orang macam tu.  Tak ada perasaan langsung. Bila Tanya, jawapnya kalau tanding kalah. Itu saja jawapannya.  Kalau dah tau kalah awal-awal carilah jalan bagi menang. Ini tidak, mana yang tiga penggal, empat penggal terus juga. Double standard betul.
Kalau sakit tu lainlah. Siapa pun tak gaduh, macam mana nak buat kerja. Kerja wakil rakyat lasak. Ini tengah sihat, buat kerja rajin, Tok-tok dibuang mentah. Dahlah malu kat orang. Kaum keluarga marah. Ingat saudara mara mereka tak marah ke? Itu sebab UMNO makin lama makin kurus, ramai orang marah. Mereka rasa saudara mereka di inaya.
Ah lantaklah kalau aku cakap banyak aku pulak kena lastik dek dia orang. Lebih baik aku diam. Pedulilah.

1 comment:

  1. Salam saudara,tentang ekonomi yang lembab tidak seperti dulu2,rasa saya lah,ini masaalah global,tapi yang penting sekali masaalah tadbir urus yang kurang cekap TERHADAP SUMBAR PENDAPATAN NEGARA.banyak pembaziran di luar jangka dilakukan,seperti tidak mengukur baju di badan sendiri.Bayang kan negara jiran tanpa satu apa pn hasil bumi di keluarkan tapi dapat hidup setanding dengan negara2 maju,KITA,bermacam macam hasil yang kita keluarkan,bermacam macam cukai kita kenakan,hatta kertas atau borang pun ada yang kena bayar,cuba bayangkan jumlah pendapatan yang kita kutip,tetapi apa jadi,lihat negara jiran dekat dengan kita nilai wang tinggi daripada kita.apakah yang membuatkan perkara begini berlaku,saya selalu duduk minum di kedai kopi,kekadang minum semeja di kedai kawan berbangsa cina,apa yang saya utarakan di atas dapat saya dengar dalam bualan mereka,tidak puas hati dengan cara tadbir urus keawangan negara,MEREKA BERKATA WANG BANYAK HASIL DARI CUKAI KERAJAAN,TAPI DIBAZIRKAN DENGAN PERKARA YANG TAK BERFEADAH ATAU YANG TAK SEPATUTNYA,MEREKA MENYEBUT TENTANG KETIRISAN YANG MELAMPAU,HARGA SESEBUAH PROJEK TAK MASUK AKAL dan banyak lagi lah pembaziran yang berlaku,seperti sepatutnya bangunan itu tak perlukan lagi untuk di bina tapi telah di bina dengan kos yang tidak masuk akal.MEREKA TAHU ramai dari kaum mereka (baba) MENDAPAT FAEDAH DARI KEADAAN INI,tapi nampak nya mererka tidak merestui perkara seperti ini berlaku,mungkin mereka hanya pembayar cukai sahaja seperti saya juga. Tentang yb yb yang hanya sepenggal sahaja di beri peluang,kita kena fikir dari banyak sudut, SEBELUM MEMBUAT PEMILIHAN KAJI SELIDIK LATAR BELAKANG,,KELAKUAN,CARA KERJA,PERANGAI BURUK YANG PENTING KEMAMPUAN UNTUK BERKERJA UNTUK RAKYAT DAN BUKAN KEMAMPUAN BERKERJA UNTUK POKET SENDIRI DAN PERUT PENYOKONG2 KITA SAHAJA,CALUN YB BUKAN DI NILAI OLEH PERWAKILAN 2 TAHUN SEKALI TAPI DI NILAI OLEH PENGUNDI2 4 ATAU 5 TAHUN SEKALI,PILIHAN TEPAT DIPERLUKAN SETE3LAH DIBUAT PENYELIDIKAN YANG LAMA,INI SESETENGAH NYA LAPURAN TELAH DIBUAT OLEH BERBAGAI AGENSI YANG KITA SENDIRI TUBUHKAN,NAMA2 TELAH DI HANTAR,TAPI YANG DI PILIH MENJADI CALUN HANYA LAH YANG PANDAI MENGAMPU,KAWAN2 RAPAT KITA,dan kita mengharapkan calun baru ini akan menjadi belaci kita serta penyokong kita untuk terus berkuasa,tanpa memikirkan KHIDMAT CEMERLANG YANG AKAN MEREKA BERIKAN KEPADA PENGUNDI2 MEREKA TERCAPAI.SELEPAS LIMA TAHUN ADA KOMPLIN DARI PENGUNDI MENGATAKAN INI TAK BAIK ITU TAK BAIK TENTANG CALUN YANG KITA PILIH,KITA GANTIKAN DENGAN MUKA BARU DI PR AKAN DATANG,ini lah yang berlaku sekarang dan selamalamanya.SUSAH SANGAT NAK CARI SEKARANG INI.YANG BERHURMAT BERKERJA KERANA AGAMA,BANGSA DAN NEGARA.tapi ada yang jujur,tapi yang ramainya berkerja kerana POKET SENDIRI,RAKYAT pun tak marah jika ambik sikit2 ini MELAMPAU. FIKIR FIKIR KAN LAH NAK MELETAK CALUN DI PRU 13 NANTI....WASALLAM

    ReplyDelete