Wednesday, October 13, 2010

PROJEK NUKLEAR TIDAK SEMUDAH DICANANG


Tidak mudah untuk melaksanakan projek nuclear. Kerajaan kena tanya rakyat dahulu samada menerima atau tidak. Tahap sokongan rakyat dikira dari referendum.  Peter Chin Fah Kui, Menteri Teknologi Hijau dan Air kata langkah itu mungkin dbuat masa  depan.  Kerja membina loji Nuklear memakan masa panjang, 10- 11 tahun.
Kerajaan kena menerangkan dahulu kepada rakyat supaya faham tentang keperluan janakuasa nuclear,  jika tidak pasti rakyat menolaknya kerana dalam pemikiran rakyat Nuklear bahaya berdasarkan pengalaman  Jepun peristiwa pengeboman Nagasaki dan Hiroshima. Buat masa ini rakyat belum bersedia kearah itu.
Pertama kali kerajaan mengadakan referendum mendapatkan sokongan rakyat Sabah dan Serawak untuk masuk merdeka bersama Malaysia 1963.
Tidak guna kerajaan melaksanakan dalam sesuana projek yang ditentang oleh rakyat .  Itu kerja mencari  penyakit namanya buat masa ini. Eluklah tumpukan kepada usaha lain yang  menjadi keutamaan kecuali  rakyat dapat merasakan jika tidak dilaksanakan ia mendatangkan masalah besar kepada negara.
Bagaimanapun,  rakyat akan tahu bila masanya sesuai dibangunkan tetapi tidak waktu sekarang. Ia mungkin lambat lagi untuk sampai masanya.

1 comment:

  1. Salam Gerila,
    WZWH terang cara mudah...China, Jepun, Korea Selatan, Korea utara, Taiwan, India,Turki, Iran, Vietnam, Filipina, Indonesia, Afrika Selatan, Thailand sudah bergerak bina loji nuklear. Mahathir tidak suka loji nuklear kerana mempertahan kroni-kroni IPPnya yang terpaksa kerajaan subsidi RM20 bilion setahun. WZWH sokong dasar nuklear DS Najib.

    ReplyDelete