PRK Kerdau- Pas mencalonkan semula Hassanuddin Salim bertanding diPRK Kerdau. Hassanuddin adalah calon Pas yang tewas dua kali sebelum ini dalam PRU 11 dan 12.
Tuan Ibrahim Tuan Man Ketua Pas Kuala Krau dan Pesuruhya Pas Pahang tidak diperturunkan untuk bertarung bagi menyimpan tenaga PRU 13. Jika tewas, sudah pasti imej Naib Presiden Pas Pusat itu tertejejas teruk.
Hassanuddin bertanding buat kali ketiga dalam PRK ini kerana Pas kekurangan tokoh diPahang. Sebab itulah muka-muka lama ditonjolkan berkali-kali walaupun dalam keadaan semput.
Jika kali ini terkucil juga bukan lagi semput tetapi jadi reput. Tidak ada jalan lain bagi Pas untuk kempen diKerdau sekarang melainkan bermain kasar dan kotor untuk menang. Berbagai-bagai fitnah akan muncul disana sini supaya termakan oleh para pengundi.
Pas sekarang sangat terdesak untuk menang dikawasan majoriti Melayu kerana ingin membuktikan kepada tuan mereka 'DAP' bahawa Pas masih diterima oleh orang Melayu. DAP hanya akan memasang stalit dan kemungkinan tidak turun berkempen kerana kawasan itu terlalu kecil pengundi China.
PKR juga hilang semangat untuk berkempen kerana Penasihat PKR sedang kusut dalam perbicaraan hanya menunggu keputusan DNA siapa itu 'lelaki Y'. Lagipun, PKR berkecil hati kerana sepatutnya PKRlah diberi peluang bertanding di Kerdau dalam masa yang sama Pas bertanding diMerlimau.
BN mempunyai harapan cerah untuk menang besar jika bekerja kuat dan tidak membuat banyak kesilapan dalam PRK Kerdau dan Merlimau.