Thursday, December 9, 2010

HILANG HORMAT PADA NAZRI



Datuk Seri Nazri kagum dengan kejayaan Namawee atas kejayaan pemuda China itu terlibat dalam production. Lagu-lagi raps dan sedang buat filem 'nasi lemak' yang terhenti kerana kurang modal. Dia berjumpa 'along Nazri' difahamkan untuk sokong pinjam wang dari mana-mana bank atau tabung yang boleh membantu. Datuk Seri Nazri jumpa diparlimen kerana diparlimen ramai pemberita yang sentiasa mencari berita. Datuk Nazri memang mahu orang tahu dia jumpa Namawee atas sifat terbukanya.

Hari itu Datuk Nazri buat kenyataan Namawee tidak buat kesalahan sebab itu peguam negara tidak buat dakwaan. Apa yang dilakukan hanyalah mencarut cik gu melayu yang hanya bertaraf guru besar di Kulai Johor. Darisegi undang-undang Namawee tidak salah langsung.  Walauun dulu budak itu hina negara dengan lagu negaraku dan berbagai lagi.

Datuk Nazri seorang peguam. Dia hanya hafal undang-undang biasa. Dia tidak faham undang-undang moral. Kalau dia buat cd walau pun tidak berkata apa-apa pada hakikatnya dia menghina orang melayu-islam bersunat, datuk nazri kata ia tidak salah. Kalau dia maki hamun pegawai- pegawai melayu TNB kerana ada black out tenaga letrik seolah-olah TNB itu bapak dia punya Datuk Nazri kata tidak salah.

Datuk Seri Nazri dari kecil belajar diEngland tidak faham perasaan halus orang melayu. Dia lebih faham kehalusan bangsa lain. Sebab itu kalau orang melayu dicarut oleh kaum lain yang anti melayu dia tidak tahu berasa hati.  Ramai menteri-menteri seperti sekarang.

Orang melayu mah sangat dengan namawee itu kerana dia menghina negara. Walau pun dia minta maaf tetapi hati luka tetap berdarah. Apa yang guru besar itu lakukan adalah perkara biasa apabila anak murid nakal tidak boleh diajar. Mengapa kalau guru itu salah tidak didakwa dimahkamah kerana ada repot polis?. Sebaliknya guru itu dikenakan tatatertib oleh jabatan sahaja. Namawee pula bebas dan dapat layanan baik dari menteri seperti Datuk Seri Nazri. Inilah rupa melayu bila sudah lupa diri.

Sebagai balasanya, kami merayu kepada Tan Sri Muhyidin Yasin supaya Gurubesar itu dinaikan Pangkatnya dijadikan Pengarah Pelajaran, barulah terbayar perasaan orang melayu.

Terus terang kami katakan bahawa kami tidak hormat kepada pemimpin melayu ala Datuk Seri Nazri.

1 comment:

  1. amat setuju sekali dengan pandagan bro.. menteri biol tidak boleh pakai..buat habis duit rakyat bayaran elaun dia tiap bulan

    ReplyDelete