Tuesday, February 22, 2011

WONG CHIN HUAT - PAS JANGAN BAWA HUKUM HUDUD JIKA MAHU MENANG



Dr. Wong Chin Huat (DAP) menasihatkan Pas supaya membawa nilai-nilai konservatif sejagat supaya orang kafir dapat melihat kemunasabahannya.  Ia bukan nilai agama tetapi kebaikannya.

Pas mesti menjadi suara-suara konservatif serta nilai keburukan arak,maksiat, judi dalam bahasa yang dapat difahami oleh bukan Islam. Penerapan nilai-nilai sejagat itu, bukan sahaja baik untuk muslimin tetapi merangkumi bukan Islam.

Jika Pas membawa nilai-nilai agama ia akan menjauhkan hubungan dengan bukan Islam kerana masing-masing ada nilai konservatif atau nilai tetap.

Kalau Pas membawa hukum hudud dan cuba menubuhkan negara Islam sudah pasti Pas akan hilang sokongan dari bukan Islam kerana Pas  patut sedar bahawa hidupnya Pas lepas PRU 2008 bergantung kepada sokongan bukan Islam.

Macam mana Pas sebagai parti Muslim tidak disokong oleh Muslim sebaliknya disokong oleh bukan Muslim? tanya  Wong Chin Huat.

Wong juga mencadangkan Pas menjadi sebuah parti demokratik Islam.

No comments:

Post a Comment